Jumaat, 10 Julai 2015

Faedah Membawa Bekal Ke Sekolah


         Pada era pascaglobalisasi dan era kemodenan ini, kadar pelajar yang membawa bekal ke sekolah semakin hangat diperkatakan dari bibir ke bibir seolah-olah tiada nokhtah pegakhiran.Hal ini kerana mereka menganggap bahawa membawa bekal ialah sesuatu perkara yang tidak penting dan susah untuk menyediakannya.Tambahan pula,ada segelintir pelajar yang berpendapat membawa bekal ke sekolah ialah satu perkara yang memalukan kerana mereka dianggap pelajar prasekolah.Selain itu,ibu bapa tidak mempunyai waktu untuk menyediakan bekal kepada anak-anak kerana sibuk akan pekerjaan masing-masing.Sedarkah kita bahawa,tiga perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang baik adalah pengambilan sarapan,makanan tengah hari dan makan malam secara tetap.Semua orang termasuklah golongan kanak-kanak perlu mengetahui bahawa faktor utama yang menyumbang kepada tenaga untuk memulakan aktiviti seharian dengan baik adalah pengambilan sarapan? Oleh itu,dengan menyediakan bekal ke sekolah maka secara tidak langsung sarapan juga dapat disediakan.Persoalannya,apakah faedah kempen membawa bekal ke sekolah diadakan?

            Antara tujuan membawa bekal ke sekolah ialah kebersihan dan kesihatan terjamin.Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata,kebanyakan insiden keracunan makanan berlaku kerana pihak pengusaha kantin tidak mematuhi pelbagai syarat yang ditetapkan dan kurang memberi tumpuan kepada aspek kebersihan dan kesihatan dalam penyediaan makanan.Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan peningkatan kes keracunan makanan sejak beberapa tahun yang lalu dengan 3822 kes pada 2010,3959 kes pada 2011,4305 kes pada 2012 dan 5017 kes pada 2013.Beliau bekata lagi bahawa sebanyak 5,265 kes keracunan makanan di negara ini adalah 43 peratus daripada 12,122 kes keracunan makanan yang berlaku di seluruh negara.Oleh itu,membawa bekal ke sekolah sekurang-kurangnya dapat mengelakkan kita daripada terkena jangkitan penyakit kerana mencengah lebih baik daripada merawat.Di samping itu,makanan yang disediakan oleh ibu bapa lebih berkhasiat,bersih dan berkualiti.Kajian mendapati nutrisi baik dan pengambilan gizi yang seimbang bukan saja mampu membantu perkembangan fizikal,malah dapat meningkatkan kalsium dan vitamin khususnya dalam menjadikan anak-anak lebih kuat dan merangsang keupayaan minda yang lebih cerdas.Oleh itu,membawa bekal ke sekolah mempunyai banyak faedah yang boleh diperolehi oleh pelajar terutamanya dalam menjaga kebersihan dan kesihatan diri.

             Selain itu, dengan membawa bekal ke sekolah pelajar dapat merialisasikan amalan menabung dalam kehidupan seharian.Hal ini kerana pelajar boleh menyimpan wang saku yang diberi oleh ibu bapa dengan hanya membawa bekal ke sekolah dan cicir dipungut,hilang dicari dapat dielakkan.Aspek ini diketengahkan kerana pada zaman milineum ini,kos kehidupan dijangka semakin meningkat dan memerlukan kebestarian akal dalam menghadapinya.Wang tabungan amat penting dan perlu direncanakan secara sistematik agar pendapatan bulanan dapat dibelanjakan secara berhemah.Kek pendapatan perlu dibahagikan dengan bijak dan memastikan sebahagiannya disimpan sebagai wang tabung.Oleh tu,dengan membawa bekal kita juga dapat melatih diri supaya lebih matang dan proaktif dalam mengharungi tingkap globalisasi yang  kian mencabar pada saban hari dan sentiasa ingat akan peribahasa ukur baju di badan sendiri dan ingat sebelum kena jimat sebelum habis.Sikap ini haruslah dibentuk dari usia setahun jagung bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.Maka jelaslah bahawa membawa bekal ke sekolah mendatangkan lebih banyak faedah daripada keburukan.

               Di samping itu,bulan semakin terang,bayang kian jelas bahawa terdapat pelbagai faedah membawa bekal ke sekolah antaranya ialah dapat menjimatkan masa.Hal ini kerana masa yang diperuntukkan untuk pelajar rehat ialah singkat iaitu antara 25 hingga 30 minit sahaja.Bagi pelajar yang faham dan berketerampilan dalam pengurusan masa yang baik dapat mengatasi masalah tersebut namun apa pula yang terjadi kepada pelajar yang kurang memahaminya dan tidak menghayati akan masa yang sudah diberi? Menurut pemerhatian yang telah ditelusuri di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar,para pelajar biasanya akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hingga lima minit untuk sampai ke kantin.Hal ini kerana kelas pelajar yang jauh menjadi faktor utama bagi membahas isi yang telah diberikan.Oleh itu,membawa bekal dapat menjimatkan masa kerana masa itu ibarat pedang,jika kita tidak menggunakan untuk memotong,pedang itu akan memotong kita.

                Sementalan pula,faedah-faedah membawa bekal ke sekolah yang boleh kita perolehi ialah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa dan rakan-rakan.Dalam menyoroti hal ini aspek jasmani,emosi,intelektual dan sosial yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara mampu menjadi platform utama dalam menyingsatkan sesuatu hubungan khususnya apabila bersama ahli keluarga.Hal ini kerana ibu bapa dapat memberikan kasih sayang yang secukupnya dalam diri anak-anak apabila mereka berjaya mengukir senyuman anak-anak walaupun hanya menyediakan bekal sebelum mereka ke sekolah.Begitu juga dengan prakarsa yang dimainkan oleh anak-anak yang sentiasa bersyukur dan menghargai pemberian ibu bapa mereka walaupun hanya sebesar tapak tangan.Hal demikian dapat menghasilkan lebih banyak keluarga yang merealisasikan pepatah bagai aur dengan tebing dan sepakat membawa berkat dalam kehidupan harian mereka.Seterusnya,hubungan ukhuwah yang kukuh dan ampuh antara rakan dapat diwujudkan dengan saling berkongsi makanan dan mempelajari tentang jenis-jenis makanan serta budaya pemakanan pelajar lain terutamanya yang berlainan bagsa.Eksplisitnya,sudah terang lagi bersuluh bahawa kita dapat mengadaptasi pelbagai faedah dengan membawa bekal ke sekolah serta perpaduan negara dapat ditingkatkan bagai seikat bak sirih,serumpun bak serai.

              Sedawarsa ini,pada era ledakan maklumat dan bahang indrustrialisasi kini konsep bagai enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing sudah menjadi perkara yang biasa yang sebati dalam kehidupan kita.Oleh itu,membawa bekal ke sekolah mampu mengubah persektif yang negatif kerana ambil yang jernih buang yang keruh dengan penyerapan nilai-nilai murni dalam hidup mereka.Hal ini kerana pelajar dapat meningkatkan nilai murni dalam kehidupannya dengan membantu rakan yang terlupa membawa wang ke sekolah.Pelajar tersebut boleh berkongsi makanan di samping menyemai sikap kasih sayang dan nilai persahabatan yang kukuh antara rakan.Selain itu,pelajar yang berjaya mengaplikasi amalan menabung boleh menjadikan amalan menderma sebagai satu ambang bagi meneruskan amalan yang baik dengan menderma sedikit wang sekurang-kurangnya seminggu seringgit kepada golongan yang memerlukannya.Oleh itu,sikap berdikari,bertanggungjawab dan proaktif dalam diri para pelajar dapat disemai.Peribahasa yang sesuai ialah tak kaya oleh emas pembawa,tak gadis oleh kain berselang.Maka,sudah tidak boleh dinafikan lagi bahawa membawa bekal ke sekolah mempunyai lebih banyak faedah yang boleh diteladani.

                  Intijahnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat pelbagai faedah yang dapat diimplementasikan untuk memupuk amalan membawa bekal ke sekolah dalam sanubari para pelajar yang disignifikan.Oleh itu,pihak lain seperti pihak kerajaan dan ibu bapa haruslah memainkan peranan yang jitu supaya peribahasa seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul tidak diamalkan dan melakukannya dengan istiqamah bukanlah sekadar hangat-hangat tahi ayam mahupun melapaskan batuk di tangga.Pelajar haruslah merebut peluang tersebut dan berganding bahu kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi bagi menghayati tujuan membawa bekal ke sekolah dalam kehidupan kita.


Note : Karangan ini dikarang oleh saya,Nurul Suhana Binti Azpar (4SC SMK Air Tawar).Jika terdapat kesalahan di dalam karangan saya.Anda boleh memberi ulasan yang positif.Terima kasih,

32 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Tak sangke la dpt jmpe krangan dri blogger Cik Suhana ni. Goob job Sue. I LIKE !!! >.<

    BalasPadam
  4. Tak sangke la dpt jmpe krangan dri blogger Cik Suhana ni. Goob job Sue. I LIKE !!! >.<

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah,dapat membantu saya smasa ulang kaji,terima kasih dengan perkongsian ilmu ini, semoga murah rezeki❤

    BalasPadam
  6. super dan panjang gila!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. HEBATNYA. TAHNIAH..ULASAN SAYA PON BANYK KELUAR 😃

      Padam
  8. Trime ksih😊krgn ni tlh byk mmbntu sy dlm mmbina krgn

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum..mohon izin untuk kongsikan karangan ini dengan murid - murid..terima kasih

    BalasPadam
  10. Terima kasih...sya akan manfaatkan isi nya dalam karangan

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum....mohon izin copy

    BalasPadam
  12. Esok final semester 1...Malam baru nak cari karangan....nasb baik jumpa karangan cemerlang ni

    BalasPadam
  13. 1xbet - Best Bet in 1xBet - Download or Install for Android
    1xbet is the best betting app worrione in the poormansguidetocasinogambling.com world created for esports. It is wooricasinos.info a one of the safest https://deccasino.com/review/merit-casino/ and most trusted names among players. It offers a user friendly 1xbet 먹튀 interface

    BalasPadam